Kami sedia membantu

Maklumat tentang Insiden Keselamatan Data 2016

Pada bulan Oktober 2016, Uber mengalami kejadian keselamatan data yang menyebabkan maklumat akaun penumpang dan pemandu kami diakses tanpa kebenaran.

Maklumat penumpang yang terdedah termasuk nama, alamat e-mel dan nombor telefon mudah alih yang berkaitan dengan akaun di seluruh dunia. Pakar forensik luar kami belum menemui bukti yang menunjukkan bahawa sejarah lokasi perjalanan, nombor kad kredit, nombor akaun bank, nombor Keselamatan Sosial atau tarikh lahir telah terdedah.

Semasa hal ini berlaku, kami mengambil langkah segera untuk menyelamatkan data, menutup akses tanpa kebenaran selanjutnya dan mengukuhkan keselamatan data kami.

ADAKAH SAYA PERLU MENGAMBIL SEBARANG TINDAKAN?
Kami yakin bahawa mana-mana penumpang tidak perlu mengambil sebarang tindakan. Kami belum melihat sebarang bukti kes penipuan atau penyalahgunaan yang berkaitan dengan kejadian ini. Kami sedang memantau akaun yang terjejas dan telah menandakan akaun tersebut agar diberikan perlindungan tambahan daripada penipuan.